Gadis berpipi tembam memang comel di mata seorang lelaki. Namun hakikatnya tiada gadis yang selesa dengan pipi ‘penuh’ kerana ia akan menyebabkan muka si gadis itu bulat dan nampak agak berisi.

Oleh itu, ramai yang sanggup berlapar dan berdiet untuk mengecilkan pipi. Tetapi tidak semuanya berjaya. Jom bongkar 4 cara kecilkan pipi yang tembam.

❚   LAKUKAN SENAMAN RAHANG
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

❚   URUT HALUS DI PIPI
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

❚   GUNA TEKNIK SOLEKAN YANG TEPAT
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.

❚   AIS BATU
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.

Sebenarnya, mengecilkan badan jauh lebih senang berbanding mengecilkan pipi. Tetapi segalanya tidak akan menjadi mustahil jika kamu benar-benar berusaha untuk mengecilkannya betul tak? So ,Good luck girls!